Advertising
Hos MFL Petah Berbahasa Arab Curi Perhatian Peminat
MakanBola
MFL

Ramai peminat bola sepak Malaysia terpukau kepetahan seorang pengacara Malaysian Football League (MFL) berbicara dalam Bahasa Arab.

Kepetahan pengacara, Azri Haziq menemu bual pemain tengah PDRM FC dan Jordan, Fadi Awad dalam Bahasa Arab dilihat satu kelainan yang segar.

Ini kerana kebiasaannya, pemain yang berasal dari rantau Timur Tengah berkomunikasi dalam Bahasa Arab apabila diajukan soalan dalam Bahasa Inggeris.

Ad

Justeru, video temu bual Azri dengan Fadi dilihat sesuatu yang bagus dan berbeza. Ini kerana ini bukan saja menunjukkan MFL cakna dengan budaya dan bahasa yang digunakan pemain import di Malaysia.

Ad

Malah, ini turut menampakkan sisi berbeza pemain terutama bila berbicara tentang pasukan dan negara asal mereka.

Menariknya, Azri merupakan bekas editor portal MakanBola. Sebaik video tersebut dimuat naik di media sosial, ramai peminat bola sepak yang teruja.

Ad
Ad

Seorang pengguna Instagram bernama Akmalanuar_07 menganggap kepetahan Azri bertutur dalam Bahasa Arab sebagai satu kelebihan yang hebat. “Hos memang tak boleh lawan,” katanya.

Ad

Seorang lagi pengguna bernama M. Mucid pula kagum melihat seorang hos mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa berkenaan. “Hos kita cakap Arablah,” ujarnya.

View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my)

Video temu bual ini disiarkan menjelang aksi final kedua MFL Challenge Cup membabitkan PDRM dan Selangor FC.

PDRM berharap dapat mengurangkan defisit gol selepas tewas 3-2 pada 15 Februari lalu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments