Hard Rock Hotel Desaru Johor Buka Pra-Tempah Cenderahati Lionel Messi
Dunia
Instagram: @hrhdesarucoast
Advertisements

Bersempena sambutan ke-50 Hard Rock hari ini, mereka telah mengumumkan jalinan kerjasama bersama lagenda bola sepak dunia, Lionel Messi sebagai salah satu cara untuk memperingati ulang tahun gemilang itu.

Melalui kerjasama tersebut, mereka telah melancarkan beberapa barangan yang turut menarik perhatian menerusi gabungan bersama bintang bola Paris Saint Germain (PSG) itu. Bukan itu sahaja, senarai koleksi tersebut dihasilkan adalah edisi terhad.

Antara cenderahati yang dihasilkan termasuklah t-shirt yang diinspirasikan oleh bintang tersebut selain barangan seperti Hoodie dan juga pin dijangka bakal tiba di Desaru dalam masa terdekat.

Advertisements

Para peminat setia juga digalakkan untuk mendapatkan barangan tersebut secara pra-tempah disebabkan oleh kuantiti yang amat terhad selain ia bakal menjadi sambutan yang sangat hangat memandangkan ikon bola sepak tersebut sudah dikenai di saentro dunia.

Ini juga bertitik tolak daripada penghijrahan beliau meninggalkan kelab yang mencungkil bakat dan mencipta namanya iaitu Barcelona ke kelab yang berpangkalan di Perancis itu yang menghangatkan namanya sekaligus bakal membentuk gangingan sensasi dunia bersama dua lagi tonggak utama pasukan, Kylian Mbappe dan juga Neymar Jr.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram