Identiti Penjaga Gol Baru JDT Masih Samar
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengumumkan mahu mengambil seorang penjaga gol baru, ramai peminat ingin tahu siapa penjaga gol baru pasukan itu.

Ini kerana sehingga artikel ini ditulis, Harimau Selatan masih tidak mendedahkan identiti penjaga gol baru berkenaan.

Bagaimanapun, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam percaya penjaga gol baru JDT ini sebenarnya penjaga gol import.

Advertisements

Beliau melihat penjaga gol baru ini bakal memantapkan cabaran pasukan gergasi selatan tanah air itu bila beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

“Yang menjadi persoalan ialah penjaga gol. Seperti yang dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) (JDT) iaitu Alistair Edwards, JDT akan mendapatkan seorang penjaga gol.

“Kalau melihat di sini, identitinya masih tidak didedahkan. Tetapi saya difahamkan (beliau) seorang penjaga gol import.

Advertisements

“Ini sesuatu yang mengujakan kerana (ini menjadikan JDT) pasukan ketiga (Liga Malaysia (Liga M)) selepas Sri Pahang dan UiTM mendapatkan penjaga gol import.

“Penjaga gol import itu berada dalam radar JDT dan akan terus menghadirkan saingan kepada Syihan (Hazmi Mohamed).

“Tetapi saya difahamkan perancangannya ialah untuk Liga Juara-Juara Asia (ACL),” katanya kepada pengacara, Hafizal Hamad untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi Arena semalam.

Advertisements

Sebelum ini, ada dua penjaga gol import yang pernah mewarnai saingan Liga M. Pertama, penjaga gol Croatia, Dominik Picak yang beraksi untuk UiTM FC pada 2020.

Picak merekodkan lima penampilan dalam saingan liga dan dibolosi 12 kali mengikut data Transfermarkt. Kedua, penjaga gol Mali berusia 34 tahun, Mamadou Samassa.

Samassa pernah beraksi untuk Sri Pahang FC pada musim 2022. Musim tersebut menyaksikan beliau merekodkan 26 penampilan dalam semua kejohanan dan merekodkan tujuh perlawanan tanpa bolos mengikut data Transfermarkt.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram