Persaingan Luar Biasa, Ifedayo Dan Bergson Hangatkan Perebutan Kasut Emas
Dunia
Advertisements

Penyerang berbisa Selangor FC, Ifedayo Olusegun sedia memberikan segalanya untuk terus meninggalkan persaing terdekat, Bergson Da Silva untuk memenangi kasut emas pada musim ini.

Pada perlawanan ke-19 Liga Super, Ifedayo sekali lagi menjadi tunjang utama buat pasukan Selangor apabila berjaya meledak 2 gol untuk membenam cabaran Perak FC dengan kemenangan 3-0.

Tidak ketinggalan, Bergson juga terus gah menempa nama selaku penjaring berbisa buat pasukan JDT apabila turut mencetak nama sebagai penjaring.

Advertisements

Beliau menyempurnakan peluang untuk meletakkan pasukan Harimau Selatan di hadapan pada minit ke-27 sebelum dinoktahkan oleh Mohamadou Sumareh pada hujung permainan.

Kini, persaingan merebut kasut emas dilihat semakin rancak apabila kedua-dua pemain terus mencetak gol demi gol dalam setiap perlawanan.

Advertisements

Perkara ini amat menarik untuk disaksikan memandangkan Selangor sedang berusaha untuk merapatkan jurang dengan pesaing terdekat.

Sementara itu, kekalahan mengejut Terengganu FC kepada Kedah Darul Aman FC di laman sendiri memberi kedudukan yang selesa buat JDT di puncak liga.

Advertisements

Ifedayo kini telah menjaringkan 22 gol secara keseluruhannya sambil diikuti oleh Bergson Da Silva di tangga kedua dengan 20 gol.

Dengan berbaki 3 perlawanan, kedua-dua pemain pastinya akan terus berusaha untuk membantu pasukan sekaligus mencatat nama sebagai pemenang kasut emas musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram