Ads
Dunia
Melaka United

Bekas pemain import Melaka United, Ifedayo Olesogun difahamkan tidak akan meneruskan perjalanan kariernya di Liga Malaysia.

Advertisements

Pemain kelahiran Nigeria itu merupakan antara peledak berbisa di Liga Super sejak beberapa musim kebelakangan ini namun tidak dapat memperoleh rentak terbaiknya pada musim lalu.

Advertisements

Hal ini berikutan beberapa masalah yang yang melanda kelab sekaligus merencatkan perjalanan musim dan juga persembahan para pemain dalam pasukan.

Advertisements

Advertisements

Masa depan pemain berusia 33 tahun itu bagaimanapun mula menjadi bualan peminat bola sepak tanah air yang mahu melihat Ifedayo terus kekal merancakkan saingan musim hadapan.

Namun begitu , menerusi laporan yang disampaikan oleh wartawan Astro Arena, Karl Nuniz, beliau memaklumkan ada usaha untuk mendapatkan jawapan rasmi daripada pemain tersebut.

Advertisements

Beliau juga mengesahkan bahawa Ifedayo telah memaklumkan bahawa beliau tidak akan beraksi di Liga Malaysia disebabkan beberapa faktor luar padang yang sedang diselesaikan.

Nama Ifedayo dilihat sebagai calon terbaik bagi mengisi kekosongan jentera serangan Selangor apabila penyerang berbisa pasukan, Caion secara rasminya berpindah ke KL City FC.

Advertisements

Hasrat ini bagaimanapun kelihatan sukar untuk menjadi kenyataan setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram