Ikhsan Fandi Beri Bayangan Bakal Diturunkan Berdepan Malaysia
Dunia
MakanBola
Ikhsan Fandi
Advertisements

Penyerang berbisa pasukan Singapura, Ikhsan Fandi memberi bayangan akan diturunkan menjelang pertembungan dengan Malaysia malam ini.

Pemain berusia 24 tahun ini merupakan tunjang utama buat skuad kendalian Takayuki Nishigaya terutamanya dalam kempen Piala AFF kali ini.

Advertisements

Walau bagaimanapun, khidmat beliau terpaksa diketepikan setelah mengalami kecederaan yang mengakibatkan beliau diusung keluar ketika berdepan Myanmar.

Penyerang pasukan Liga 1 Thailand, BG Pathum United ini bagaimanapun memberi gambaran seolah-olah bakal diturunkan pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini menerusi satu hantaran di IG storynya.

Advertisements

Beliau dilihat memuat naik semula hantaran daripada laman rasmi Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) yang menyediakan bajunya di bilik persalinan dengan kata-kata yang agak ‘nakal’.

“I’m back baby”- tulisnya di IG Story beliau.

Advertisements
EA6DB948 DD03 4760 97EF E75170D0A66B Ikhsan Fandi Beri Bayangan Bakal Diturunkan Berdepan Malaysia
Ikhsan fandi

Khidmat Ikhsan sudah tentu amat diperlukan dalam misi Singapura layak ke peringkat separuh akhir kejohanan ini.

News Comments Account