Advertisement
Ikhsan & Irfan Fandi Perkuat Skuad Sukan SEA Singapura
Dunia
MakanBola
bgpu_official

Dua anak legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Ikhsan Fandi dan Irfan Fandi tersenarai dalam pasukan kebangsaan itu bagi menghadapi saingan Sukan SEA 2021 yang akan berlangsung di Vietnam.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengeluarkan senarai nama pemain yang akan membawa cabaran pasukan bagi edisi Sukan SEA kali ini.

Dua pemain ini merupakan antara pemain yang memiliki pengalaman yang terbaik musim ini dimana mereka antara tonggak penting pasukan daripada Thailand, BG Pathum United bagi menghadapi saingan Asian Champions League yang sedang berlangsung.

Ikhsan dan Irfan juga sebelum ini beraksi cemerlang ketika membawa cabaran pasukan kebanggsaan mara ke separuh akhir dalam saingan Piala AFF Suzuki 2021.

Bukan itu sahaja, dua beradik ini turut berjaya membantu pasukan BG Pathum United ke tangga kedua dalam saingan Liga Utama Thailand. Kini tinggal lagi beberapa mata sehaja untuk mengejar kedudukan tangga pertama iaitu pasukan Buriram United.

Dua tonggak ini bakal menjadi taruhan pasukan kebanggsaan Singapura untuk membawa pingat emas bagi edisi kali ini.