Bintang muda sensasi Singapura, Ilhan Fandi bakal terlepas musim panjang apabila beliau disahkan mengalami l koyakan penuh pada ligamen anterior cruciate (ACL) di lutut kirinya dan akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
Penyerang berusia 20 tahun ini tidak bernasib baik apabila terpaksa diusung keluar ketika membantu pasukannya mencatat keputusan seri berdepan Vietnam.
Ilhan yang menjadi nadi bersama-sama abangnya, Ikhsan Fandi terpaksa membayar harga yang mahal setelah disahkan oleh pakar bedah ortopedik terkemuka, Dr Lim Jit Kheng.
Anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad ini juga baru sahaja mengumumkan haluan baharu dalam kariernya apabila difahamkan akan menyertai kelab yang berpangkalan di Belgium, KMSK Deinze.
Kelab divisyen 2 Liga Belgium itu difahamkan akan membawa masuk Ilhan pada bulan ini terpaksa menunggu beliau untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Singapura telah mengakhiri kempen Piala AFF setelah tewas kepada Malaysia 1-4 sekaligus tidak melayakkan diri ke separuh akhir.