Bintang sensasi Albirex Niigata, Ilhan Fandi Ahmad berjaya merangkul tiga gelaran dalam malam anugerah Liga Premier Singapura 2022.
Pemain berusia 20 tahun itu cemerlang menamatkan kempen musim ini dengan mencatat sebanyak 17 jaringan sekaligus menyandang gelaran sebagai penjaring terbanyak tempatan.
Pada acara yang berlangsung di Orchard Hotel Singapura, Ilhan telah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik tahunan.
Selain itu, Ilhan turut tersenarai dalam kesebelasan utama terbaik Liga Premier Singapura 2022. Beliau bersama rakan sepasukannya, Kodai Tanaka dipilih untuk melengkapkan barisan serangan bersama penyerang Tampines Rovers, Boris Kopitovic.
Jaringan ‘bicycle kick’ Ilhan ketika Albirex Niigata menang keatas Balestier Khalsa, 4-1 dinobatkan sebagai jaringan terbaik sepanjang musim. Ledakan Ilhan berjaya mengenepikan gol-gol terbaik yang turut tercalon menerusi Andre Moritz san Kyoga Nakamura.
Tahun 2022 merupakan tahun yang indah buat anak kepada lagenda Singapura ini. Beliau berjaya menunjukan prestasi luar biasa dan buktikan pemilihannya ke Albirex Niigata merupakan perpindahan yang tepat.