Imigresen FC ‘Bantai’ Sarawak United 4-0
Liga M3
Imigresen FC
Advertisements

Imigresen FC terus menghambat pendahulu Liga M3, KL Rovers FC dengan mencatat kemenangan besar ke atas Sarawak United 4-0 semalam.

Kemenangan ke atas pasukan kedua tercorot dalam liga itu bukan saja memastikan Imigresen memberi tekanan kepada KL Rovers. Malah, ini akan memberi mereka kelebihan ke atas pasukan di tempat ketiga, Harini FT.

Anak-anak buah Mat Zan Mat Aris itu tampil garang pada babak pertama. Bek tengah Mohd Naaim Firdaus Stibin meletakkan Imigresen di hadapan menerusi gol pada minit ke-25.

Advertisements

Sarawak United makin tertekan apabila penyerang muda N. Javabilaarivin meledakkan gol kedua pada minit ke-37.

Tiga minit selepas itu, Khairul Anwar Shahrudin memastikan Imigresen selesa mendahului 3-0. Keputusan 3-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada separuh masa kedua, The Hornbill cuba bangkit. Malangnya, itu tidak berlaku dengan Safwan Samsol memastikan kemenangan Imigresen dengan gol keempat pada minit ke-78.

Advertisements

Kemenangan ini membantu Imigresen merapatkan jurang mata dengan KL Rovers kepada empat mata. Manakala Sarawak United terus tercicir di tangga ke-12 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram