Impian Semakin Jadi Kenyataan, Cabrera Bakal Isi Kuota Pemain Tempatan JDT?
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap berbisa, Gonzalo Cabrera kini dikatakan semakin hampir untuk kembali ke pangkuan kelab lamanya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Johor Darul Ta’zim dalam satu hantaran di laman rasmi media sosial mereka hari ini memaklumkan bahawa mereka akan menandatangani empat muka baharu pada jendela perpindahan kali ini. 

Menurut pengarah teknikal JDT, Alistair Edwards menjelaskan empat pemain baru ini terdiri daripada dua pemain tempatan dan dua pemain import. Bagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak JDT tentang pemain-pemain yang dimaksudkan.

Advertisements

Sebelum ini telah tular satu gambar sosok individu seperti Cabrera di pusat latihan JDT yang mengundang spekulasi pelbagai pihak. Kini nama Gonzalo Cabrera terus dikaitkan ke JDT dan beliau dikatakan bakal mengisi slot pemain tempatan. 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini juga ada memaklumkan bahawa badan induk itu tidak akan menghalang mana-mana kelab yang berhasrat menaturalisasikan pemain. 

Jika khabar angin ini menjadi kenyataan, iainya sudah pasti akan menggembirakan hati ramai pihak terutamanya peminat setia dan penyokong Johor Darul Ta’zim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram