Kelibat dua pemain import baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Murilo Henrique dan juga Nicolao Cardoso sudah pun turun menjalani latihan lebih awal.
Skuad Harimau Selatan mengumumkan ketibaan beberapa pemain import baharu untuk memperkuat jentera pasukan bagi musim 2024/25.
Pemergian beberapa bintang import seperti Diogo Luis (bersara), Leandro Velazquez dan juga Oscar Arribas membuka jalan buat pemain lain dibawa masuk.
Perkara ini dikongsikan di laman sosial Murilo Henrique yang memaparkan kelibatnya sudah latihan gimnasium JDT hari ini.
Beliau ditemani oleh seorang lagi pemain baharu iaitu Nicolao Cardoso yang sebelum ini beraksi buat kelab Thai League, Buriram United.
Kedua-dua pemain ini sudah pun menyarung jersi latihan JDT dan kelihatan begitu bersemangat untuk mengekalkan tahap kecergasan mereka.
Pasukan itu bagaimanapun masih belum memulakan latihan rasmi bagi musim 2024/25 tatkala saingan Liga Super bermula pada bulan Mei.

JDT juga telah mengumumkan pengurangan perbelanjaan sekitar 40 peratus bagi saingan musim baharu dan juga bakal bersaing di pentas Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).