Import PDRM Dari Jordan Berpangkat Sarjan
Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Pemain import PDRM FC dari Jordan, Fadi Awad telah menunjukkan persembahan terbaik beliau dalam musim keduanya di Liga Super Malaysia.

Namun pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa Fadi sebenarnya merupakan seorang anggota polis di Jordan dan berpangkat Sarjan.

Perkara tersebut didedahkan oleh PDRM FC melalui satu ciapan ringkas di laman X rasmi kelab berkenaan.

Advertisements

“Di Jordan beliau (Fadi Awad) juga seorang polis berpangkat Sarjan,” coret PDRM FC di laman X.

Fadi Awad baru-baru ini difahamkan telah menyambung kontrak lanjutan untuk tempoh dua musim lagi bersama PDRM.

Nama Fadi juga turut tersenarai sebagai pemain yang akan membawa cabaran Jordan dalam kejohanan Piala Asia 2023 bulan hadapan.

Advertisements

Untuk musim ini, Fadi telah beraksi dalam 30 perlawanan dalam kesemua pertandingan domestik dan berjaya menjaringkan 2 gol serta menyumbang 1 bantuan gol.

Beliau juga berjaya membantu PDRM menjulang Piala Cabaran MFL buat kali pertama dalam sejarah selepas menumbangkan Kuching City di pentas akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram