Dunia
Advertisements

Bahasa Malaysia kini telah mendapat perhatian termasuklah di dalam dunia bola sepak.

Terkini, pemain pertahanan Selangor, Taylor Regan mengakui dirinya kini mahu menjadi pemain yang lebih lantang bersuara terutamanya ketika berada di atas padang.

Pemain yang baharu sahaja dilantik sebagai ketua pasukan Selangor itu mengatakan penguasaan beliau dalam Bahasa Malaysia banyak membantu dirinya untuk bersuara di atas padang walaupun belum fasih sepenuhnya.

Advertisements

“Saya seorang yang banyak cakap. Ianya banyak berikan masalah kepada saya ketika kecil, tetapi di dalam padang ianya banyak membantu saya untuk menguruskan hal-hal di bahagian pertahanan.”

“Ianya cukup baik buat saya untuk boleh bercakap, terutamanya apabila saya sudah boleh mula bercakap Bahasa Malaysia secara sedikit demi sedikit.”

Taylor S Import Selangor Bersemangat Cakap Dalam Bahasa Malaysia
Bahasa Malaysia memudahkannya untuk berhubung ketika dalam padang

Regan melihat dirnya sebagai seorang yang mempunyai darah kepimpinan. Tidak hairanlah kerana pemain itu pernah menjadi ketua pasukan di semua pasukan diwakilinya termasuklah di Negeri Sembilan dan Newcastle Jets.

Advertisements

Musim ini, beliau dipilih menggantikan Amri Yahyah yang sudah meninggalkan Selangor sebagai ketua pasukan.

Adalah menarik untuk melihat pemain luar mula menguasai bahasa kebangsaan seperti yang dapat kita lihat menerusi pemain-pemain yang pernah beraksi di Liga Indonesia. Kebanyakkan mereka fasih berbahasa Indonesia.

Semoga usaha Regan ini turut diikuti oleh ramai pemain luar dalam liga Malaysia termasuk pemain naturalisasi kebangsaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram