Independiente Didakwa Berhutang Dengan JDT $200,000

independiente johor darul takzim Independiente Didakwa Berhutang Dengan JDT $200,000

Club Atlético Independiente, kelab yang beraksi di Liga Perdana Argentina didakwa masih berhutang dengan Johor Darul Ta’zim sebanyak $200,000 atau kira-kira RM834,000.

Hal ini dikongsikan oleh sebuah laman portal sukan Argentina, TyC Sports yang mendakwa kes ini telahpun dibawa ke perbicaraan Konfederasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Jelas portal berkenaan, Independiente gagal menyelesaikan yuran pinjaman pemain yang ditandatangani Johor Darul Ta’zim pada awal tahun 2021, Jonathan Herrera dan kes ini dibawa ke FIFA dan Johor Darul Ta’zim memenangi kes tuntutan ini.

Jonathan Herrera menyertai Independiente pada bulan Mars 2021 dan beraksi sebanyak 7 perlawanan dan berjaya menjaringkan 6 gol dalam aksi kompetitif bersama kelab gergasi Argentina tersebut.