Sukan Sea: Indonesia Bantai Timor Leste
Dunia
goalcomindonesia
Advertisements

Skuad muda Timnas Indonesia berjaya meraih kemenangan pertama selepas dengan mudah menewaskan Timor Leste bagi perlawanan kedua yang berkesudahan dengan jaringan 4-1.

Empat jaringan yang dihasilkan oleh Timnas Indonesia adalah menerusi Egy Maulana Vikri, Witam Sulaeman dan Ketua pasukan, Fachrudin. Jaringan sagu hati daripada Timor Leste melalui Mouzinho.

Kemasukan pemain harapan Indonesia iaitu Asnawi Mangkualam dan Saddil Ramdani pada separuh masa kedua berjaya membuahkan hasil kerana berjaya menggandakan tiga jaringan.

Advertisements

Kini Timnas Indonesia berada di tangga ke-4 dengan tiga mata dalam kumpulan A dibawah pasukan Myanmmar, Filipina dan Vietnam.

Perlawanan seterusnya buat Timnas Indonesia selepas ini akan bertemu pasukan Filipina pada 13 Mei ini. Ini adalah peluang buat skuad muda ini untuk bangkit bagi misi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram