Indonesia Terus Cipta Kejutan Benam Curacao Buat Kali Kedua
Dunia
PSSI
Advertisements

Pasukan Indonesia meneruskan momentum cemerlang dalam aksi persahabatan menentang Curacao selepas berjaya menewaskan pasukan yang berada di ranking ke-84 dunia itu dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Pakansari Bogor sebentar tadi.

Indonesia memulakan perlawanan dengan baik dan mereka tidak perlu menunggu lama untuk berada di hadapan apabila seawal minit ke-3, Dimas Drajad meledak hasil rembatan susulan selepas percubaan awal dari Witan Sulaeman disselamatkan penjaga gol.

Tersentak dengan gol itu, Curacao menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan namun benteng Indonesia yang diketuai Elkan Baggott sangat berdisiplin dalam mengekang asakan Curacao.

Advertisements

Kedudukan kekal 1-0 memihak pasukan Indonesia selepas tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Curacao meneruskan tekanan terhadap benteng Indonesia dan usaha itu jelas sekali berhasil apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi Jeremy Antonisse pada minit ke-47 sekaligus mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Indonesia dilihat lebih berbahaya dalam setiap gerak serangan yang dilancarkan terutamanya dari Witan Sulaeman dan Saddil Ramdani.

Advertisements

Pada minit ke-80, Curacao terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain bintang mereka yang beraksi bersama Birmingham City, Juninho Bacuna dilayangkan kad merah gara-gara melakukan bentesan merbahaya terhadap pemain Indonesia.

Kesempatan itu digunakan oleh Indonesia dengan sebaiknya. Serangan bertali arus dilancarkan dalam usaha mencari gol. Pada minit ke-87, Dendy Sulistyawan berjaya meledak gol kemenangan selepas beliau menyambar hantaran dari Witan Sulaeman.

Walaupun kedua-dua pasukan saling menyerang, keputusan 2-1 itu kekal sehingga tamat permainan dan memberikan kemenangan kedua buat Indonesia menewaskan lawan yang sama. Indonesia dijangka akan mendaki ranking dunia hasil dua kemenangan menewaskan Curacao.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram