Indonesia Dibedil Libya
Asia
Timnas Indonesia
Advertisements

Indonesia mengalami kekalahan pertama bagi aksi persahabatan Tier 1 apabila tumpas berdepan Libya dengan keputusan 4-0.

Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Mardan menyaksikan ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menurunkan hampir kesemua pemain tempatan dalam kesebelasan utama pasukan.

Pemain sayap sensasi Sabah, Saddil Ramdani hampir meletakkan pasukan di hadapan seawal minit pertama namun rembatannya berjaya ditempis keluar oleh penjaga gol Libya, Mourad Al-Wuhayshi.

Advertisements

Sang Garuda dipaksa bertahan lebih lama tatkala pasukan ke-120 dunia itu mendominasi sebahagian besar perlawanan sepanjang 45 minit pertama perlawanan.

Gol yang ditunggu oleh Libya akhirnya tiba apabila kesilapan yang dilakukan oleh Wahyu Prasetyo dimanfaatkan oleh penyerang berbisa lawan iaitu Ahmed Krawaa untuk gol pertama perlawanan.

Indonesia bergelut untuk mencipta hantaran ke bahagian serangan sekaligus menghakhiri babak pertama dengan kelebihan milik Libya.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Libya terus memberikan tekanan kepada barisan pertahanan Indonesia yang menukar 10 pemain semasa rehat.

Ini tidak mengubah nasib pasukan ke-146 dunia itu selepas kealpaan benteng pertahanan membawa gol kedua hasil kesilapan Jordi Amat pada minit ke-58.

Usaha Indonesia untuk memperoleh jaringan menerisi gandingan Ramadan Sananta dan Egy Maulana hampir membuahkan hasil namun dinafikan oleh kekebalan benteng Libya.

Advertisements

Anak didik Milutin Sredojevic menambah derita wakil Asia Tenggara ini dengan gol ketiga hasil percubaan cantik Noureddine Al Gleib pada minit ke-89.

Tambahan masa 6 minit menambah derita Indonesia apabila bolos satu lagi gol hasil kesilapan benteng pertahanan sekaligus memberikan perlawanan kekal memihak kepada Libya.

Aksi tamat dengan kemenangan buat Libya dengan keputusan 4-0 mengatasi Indonesia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram