Indonesia Kejutkan Negara Di Ranking ke-84 Dunia, Curacao
Dunia
PSSI
Advertisements

Indonesia berjaya mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan pasukan yang menghuni ranking ke-84 dunia, Curacao dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Gelora Bandung Lautan Api sebentar tadi.

Anak buah Shin Tae-yong itu memulakan perlawanan dengan kurang baik apabila membiarkan pemain Curacao mengawal permainan dengan hantaran-hantaran pendek

Curacao tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila Rangelo Janga berjaya menewaskan Nadeo Ardawinata seawal minit ke-8 permainan. Penyerang kelahiran Belanda itu menyudahkan peluang terhidang hasil percubaan awal yang terkena tiang.

Advertisements

Tersentak dengan gol itu, Indonesia memperkemas corak permainan mereka dengan beberapa gerakan merbahaya cuba dicipta dari bahagian sayap yang dihuni Egy Maulana Vikri dan Witan Sulaeman.

Indonesia akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-18 melalui Mark Klok yang mudah melepaskan rembatan hasil hantaran daripada Dimas Drajad.

Serangan Indonesia berterusan untuk terus memburu jaringan. Hasil serangan bertali arus, kapten pasukan Indonesia, Fachrudin Aryanto berjaya menambah jaringan buat Sang Garuda selepas menanduk lontaran jauh dari Pratama Arhan untuk menjadikan kedudukan 2-1 memihak Indonesia.

Advertisements

Kegembiraan Indonesia hanya bertahan 3 minit sahaja apabila pada minit ke-25 pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris bersama Birmingham City, Juninho Bacuna berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan deras dari luar kotak penalti.

Indonesia sudah mula mendapatkan rentak permainan yang semakin meyakinkan dengan mereka acap kali melakukan gerak serangan merbahaya ke kubu Curacao namun begitu kedudukan kekal terikat 2-2 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Indonesia membawa masuk pemain Sabah FC, Saddil Ramdani dan pemain muda, Marselino Ferdinan. Kedua-dua pasukan dilihat cuba mendapatkan rentak awal namun penguasaan bola lebih terarah kepada pemain Curacao.

Advertisements

Indonesia sekali lagi berada dihadapan pada minit ke-56 kali ini melalui penyerang mereka Dimas Drajad yang membuat satu penyudah menarik hasil hantaran Pratama Arhan.

Tersentak dengan gol itu, Curacao mula melakukan pertukaran pemain dalam usaha mencari gol penyamaan namun benteng Indonesia dilihat lebih meyakinkan dengan beberapa kali mematahkan serangan dari pemain Curacao.

Kedudukan 3-2 itu kekal memihak Indonesia sehingga tamat perlawanan sekaligus menggembirakan ribuan penyokong Indonesia yang hadir membanjiri stadium.

Advertisements

Indonesia bakal bertemu sekali lagi dengan Caracao pada Selasa, 27 September ini untuk perlawanan persahabatan ulangan di Stadium Pakansari, Jawa Barat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram