Indonesia berpotensi menentang pasukan yang menduduki ranking ke-88 dunia, Bulgaria dalam saingan FIFA Series.
Ini selepas Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan penyertaan Indonesia dalam kejohanan terbaru anjuran FIFA itu.
Secara ringkas, FIFA Series ialah kejohanan antarabangsa yang menemukan pasukan-pasukan dari konfederasi benua berbeza. Kejohanan ini diadakan setiap selang dua tahun.
Ini bertujuan memberi peluang kepada pasukan-pasukan ini untuk meraih lebih banyak aksi persahabatan antarabangsa.
Selepas kejayaan edisi sulung yang diadakan pada 2024, FIFA kini meneruskan penganjuran FIFA Series edisi kedua untuk tahun 2026.
Indonesia yang menjadi salah satu tuan rumah kejohanan bakal menentang Bulgaria, Kepulauan Solomon dan Saint Kitts and Nevis.
Presiden PSSI, Erick Thohir melihat kejohanan ini bakal memberi pendedahan berguna buat Tim Garuda dari segi variasi permainan pihak lawan.
“Menghadapi pasukan dari Eropah, Oceania, dan Amerika memberikan variasi gaya bermain yang sangat penting bagi perkembangan pasukan,” katanya.
“Para pemain kita akan membiasakan diri secara mental dan kualiti teknis. Ini adalah ujian sekaligus peluang untuk membangunkan pasukan yang kuat dan siap bersaing di peringkat dunia.”
FIFA Series juga bakal menjadi medan pengenalan buat jurulatih baharu Indonesia, John Herdman.