Indonesia Puji Kualiti Pengadilan & Broadcasting Piala Malaysia
Asia
unifi
Advertisements

Rakyat Indonesia rata-ratanya memberikan maklum balas baik terhadap kualiti pengadilan untuk perlawanan separuh akhir di antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim.

Selain itu kualiti rakaman di tambah dengan suasana Stadium Sultan Ibrahim turut meraih perhatian rakyat Indonesia yang menyifatkannya jauh kehadapan berbanding kualiti disediakan media dari Indonesia.

Seperti yang dirakamkan komentar dalam satu posting akaun Instagram @asean.football untuk satu situasi di mana penjaga garisan berjaya mengesan offside Bergson dari sudut yang sukar.

Advertisements

“Pengadil sangat teliti dengan garisan tidak seperti di Liga Wakanda (Liga Indonesia).” Jelas salah seorang fotografer dari Jogjakarta.

Selain itu mereka turut membandingkan kualiti siaran langsung beserta rekaan layout rakaman yang disediakan pihak unifi yang tidak meletakkan iklan semasa perlawanan sedang berlangsung tidak seperti yang diamalkan media Indonesia.

Dalam perlawanan separuh akhir semalam, Johor Darul Ta’zim mara ke final selepas berjaya menewaskan Terengganu dengan agregat 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Perlawanan akhir Piala Malaysia bakal menemukan JDT dengan Kuala Lumpur City di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram