Indonesia Rangka Strategi Untuk Pintas Ranking FIFA Malaysia
Dunia
PSSI
Advertisements

Ketua Umum Pasukan Kebangsaan Indonesia, Mochamad Iriawan dilihat menzahirkan rasa bangga dan terujanya dengan pencapaian terkini pasukan kebangsaannya yang berjaya melonjak beberapa anak tangga sekaligus memperbaiki kedudukan ketika ini.

Sebelum ini, Indonesia berada di tangga ke-175 dunia apabila mereka memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang terhidang apabila mencatatkan kemenangan ke atas Taiwan sebanyak dua kali dalam aksi play-off kelayakan Piala Asia 2023.

Sungguhpun begitu, beliau masih menuntut usaha dan kerja keras para pemain untuk sentiasa memberikan yang terbaik agar dapat mencapai sasaran sekurang-kurangnya untuk naik 10 anak tangga lagi.

Advertisements

Ketika ini, pasukan Malaysia berada pada kedudukan ke-155 dunia, turun satu anak tangga selepas tewas dalam beberapa siri perlawanan persahabatan termasuklah dalam Kelayakan Piala Asia 2022 baru-baru ini.

Peluang ini mahu dimanfaatkan sepenuhnya oleh individu yang mesra disapa Iwan Bule ini mahu pasukan Garuda itu melonjak sekurang-kurangnya ke tangga ke-150 dunia.

Selain itu, beliau mahu pasukan berada dalam keadaan terbaik dan bersedia termasuklah perancangan untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan kelas A menjelang tempoh cuti umum bagi kalendar FIFA.

Advertisements

‘Kami akan berbincang mengenai siapa yang bakal menjadi lawan pasukan Indonesia nanti, namun apa yang pasti ini adalah usaha untuk memperbaiki kedudukan timnas Indonesia.’

‘Sudah menjadi cita-cita saya untuk lihat pasukan boleh naik sehingga tangga ke-150. Setakat ini, pasukan sudah meningkat naik ke tangga 165, ia satu pencapaian yang luar biasa,’-Jelasnya kepada wartawan menurut Vocket FC.

Pasukan Indonesia pastinya sedang mempersiapkan ramuan terbaik bagi memastikan mereka mampu untuk layak ke peringkat seterusnya.

Advertisements

Bagi saingan Piala Suzuki AFF yang berlangsung di Singapura Disember nanti, Indonesia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Malaysia dan juga juara edisi lalu, Vietnam selain Kemboja dan Laos bakal jadi ancaman terbesar buat pasukan masing-masing.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram