Indonesia vs Argentina: Juara Dunia Bergelut Sebelum Tewaskan Indonesia
Dunia
Selección Argentina
Advertisements

Indonesia vs Argentina: Selepas berjaya menewaskan Australia sebelum ini dalam satu aksi perlawanan persahabatan, juara dunia, Argentina bergelut untuk menewaskan Indonesia dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Jaringan Leandro Paredes pada separuh masa pertama dan Cristian Romero pada separuh masa kedua pastikan Argentina pulang selesa ke Amerika Selatan dengan rekod kemenangan 100% tahun ini.

Argentina menyerang bertali arus seawal minit pertama namun terpaksa menunggu minit ke-38 untuk memperoleh jaringan pertama menerusi sepakan deras luar kotak penalti oleh bintang Juventus, Leandro Paredes.

Advertisements

Bersambung babak ke-2, kedua-dua pasukan memperkemaskan permainan dengan Indonesia mula memperkemas bahagian serangan dan beberapa kali melakukan asakan berbahaya.

Indonesia hampir memperoleh gol penyamaan pada minit ke-52 namun tandukannya berjaya ditepis Emiliano Martinez.

Argentina bagaimanapun menggandakan jaringan menerusi tandukan bintang Tottenham Hotspur, Cristian Romero pada minit ke-55.

Advertisements

Kemasukan bintang muda Manchester United, Alejandro Garnacho pada minit ke-60 memberikan tonik tambahan buat skuad Argentina yang mula tertekan dengan asakan dan sokongan luar biasa penyokong Indonesia di Gelora Bung Karno.

Perlawanan berkesudahan dengan Indonesia tewas 0-2 kepada Argentina.

Sebelum ini, Indonesia berjaya mengikat Palestin tanpa jaringan di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya. Perlawanan persahabatan ini sebagai persediaan buat sang garuda yang diundi dalam kumpulan D Piala Asia 2023 bersama-sama Iraq, Jepun dan Vietnam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram