Indra Putra Ditawarkan Peranan Sebagai Jurulatih Di KL City
Dunia
Stadium Astro
Advertisements

Lumrah seorang pemain bola sepak jika sudah menjangkau usia 40an dimana kebanyakan pasukan sudah tidak berminat lagi untuk menggunakan khidmat pemain tersebut. Ia boleh dikategorikan sebagai ‘kuda tua’ dalam arena bola sepak.

Hal ini kerana faktor keupayaan atau kekuatan seseorang itu untuk terus memberi saingan yang hebat beraksi bersama pemain muda yang mempunyai banyak kelebihan berbanding pemain yang sudah berusia. Perkara ini terjadi kepada dua pemain ‘kuda tua’ dalam pasukan KL City iaitu Safee Sali dan Indra Putra Mahayuddin.

Menurut satu kenyataan daripada Jurulatih pasukan KL City, Bojan Hodak, beliau memberi penjelasan mengenai masa depan dua legenda malaysia iaitu Indra dan Safee seperti yang dilaporkan oleh wartawan astro arena, Fina Nasrom.

Advertisements

Tawaran yang menarik diberikan kepada penyerang KL City, Indraputra iaitu Bojan menawarkan Indra untuk teruskan kariernya bersama kelab akan tetapi sebagai jurulatih atau berhijrah ke pasukan baharu musim hadapan.

Lain pula dengan situasi penyerang berbisa suatu ketika dahulu, Safee Sali. Bojan berterus terang kepada Safee bahawa beliau tidak boleh memberikan jaminan minit permainan jika safee berhasrat untuk terus kekal bersama KL City.

Persoalannya, apa kata putus yang akan diberikan oleh dua pemain paling berpengalaman dalam liga bola sepak di Malaysia? Suarakan pendapat anda diruangan komen.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram