Indra Putra, Wan Zack Jadi Sandaran Perak FC

Yusrichelah perakfootballclub Indra Putra, Wan Zack Jadi Sandaran Perak FC
Foto: Perak Football Club
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah kini menaruh harapan kepada pengalaman pemain senior dalam membantu dan membimbing pemain muda skuad Perak FC bagi menghadapi musim ini.

Kehadiran pemain seperti Indra Putra Mahyuddin, Wan Zack Haikal, Syamim Yahya dan Zamir Selamat bakal menjadi sandaran utama Yursi Che Lah untuk memastikan Perak FC berada di kedudukan terbaik dalam liga.

Advertisements

“Pengalaman mereka amat ditagih dalam membantu dan membimbing pemain muda yang berada dalam pasukan untuk saingan kali ini,

“Bagi saya, kami perlu lakukan yang terbaik untuk memberikan kemenangan dalam setiap perlawanan sehingga akhirnya pemain mampu meletakkan pasukan di kedudukan terbaik,” kata Yusri.

Advertisements

Tambah Yusri, beliau akui sememangnya mahukan empat pemain import. Namun, semuanya terletak pada pihak pengurusan mahu berikan atau tidak.

Yusri dalam pada itu berfikiran realistik tentang masa depan Perak FC. Kerjasama semua pihak dalam pasukan perlu ada demi mencapai sesuatu kejayaan.

Advertisements

“Kalau boleh saya nak dapatkan empat pemain import sepertimana yang dibenarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)… tetapi ini semua bergantung kepada pihak pengurusan,” katanya

“Saya akui siapa pun inginkan kejuaraan… baik daripada jurulatih mahupun peminat itu sendiri tetapi apa jua yang kami perlu capai, ia memerlukan kerjasama penuh daripada semua pihak termasuk para pemain.” kata Yusri kepada Bernama.

Advertisements