Info Kontrak Pemain Selangor Bocor Ke Pihak Lain
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Penyokong dan peminat pasukan bolasepak Selangor, Ultras Selangor atau lebih dikenali dengan jolokan UltraSel dalam satu kenyataan hari ini mendakwa kontrak pemain Selangor telah bocor kepada pihak lain.

UltraSel menjelaskan perkara ini bukanlah suatu perkara yang baru dalam kem Merah Kuning namun ia telahpun berlaku berkali-kali sebelum ini.

Perkara sulit seperti ini sepatutnya dilakukan secara tertutup, hanya antara pemain dan pihak pengurusan tertinggi sahaja, mungkin sekitar dua hingga tiga orang dalam satu bilik. Persoalannya yang dilontarkan pihak UltraSel ialah siapakah individu yang telah membocorkan info berkaitan kontrak pemain-pemain ini.

Advertisements

“Menjadi persoalan lebih besar adalah, pihak pengurusan pasti tahu siapa yang membocorkan info-info tersebut kerana ianya jelas dan nyata siapa yang berada dalam bilik perbincangan dan rundingan tersebut, tetapi seperti mana yang kita tahu, tiada tindakan yang diambil terhadap orang yang membocorkan info tersebut dan ini telah menghilangkan rasa hormat orang lain terhadap kepimpinan kelab.”

“Pemain lain pasti akan anggap yang kepimpinan kelab ni “boleh makan”, jadi semua akan buat ikut suka hati sendiri sebab tiada tindakan yang akan dikenakan kepada mereka, maka hilanglah “RESPECT” itu dan terjadilah apa yang terjadi pada hari ini, segalanya ditafsirkan dengan prestasi dan keputusan di atas padang, ada tindakan? Masih tiada.”

“Mudah bukan kerja pihak lawan untuk mengalahkan pasukan kesayangan kita, bila dari dalam sendiri tiada rasa hormat terhadap kelab, kepimpinan kelab, tulis UltraSel di laman Facebook

Advertisements

UltraSel turut menegaskan, perlu ada rasa hormat terhadap pasukan. Penyokong dan peminat tegar Selangor itu juga mengharapkan pihak pengurusan kelab lebih adil dan sentiasa tegas dalam menjaga kehormatan dan maruah kelab.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram