Saingan suku akhir Singapore Open 2024 bakal berlangsung pada Jumaat dengan beberapa wakil negara bakal turun seperti Leong Jun Hao yang akan berentap menentang jaguh nombor satu dunia, Viktor Axelsen.
Selepas berjaya melakar kejutan menewaskan juara bertahan Singapore Open, Anthony Ginting pada peringkat suku akhir semalam, Jun Hao sekali lagi akan berdepan pemain pilihan yang juga jaguh nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark.
Axelsen yang masih segar dengan kejuaraan Malaysia Masters minggu lalu pastinya ingin meneruskan momentum cemerlang setelah menundukkan pemain Chinese Taipei, Lin Chun-Yi kelmarin di suku akhir
Untuk rekod, ini merupakan pertemuan pertama di antara Jun Hao yang berada di ranking ke-36 dunia serta Axelsen dan dijangka aksi sengit bakal berlangsung meskipun wakil negara akan turun sebagai pemain underdog.
Selain Jun Hao, beberapa lagi wakil negara juga bakal beraksi hari ini seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bagi meneruskan misi meraih kemenangan bagi mengesahkan tempat ke separuh akhir esok.
Barisan Pemain Malaysia Suku Akhir Singapore Open
Aaron-Wooi Yik akan berdepan beregu veteren dari Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen manakala Izzuddin-Sze Fei bakal menerima tentangan dari beregu China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu.
Sementara wakil tunggal beregu campuran negara, Tang Jie-Ee Wei dijadualkan menentang juara dunia yang juga pasangan pilihan keempat kejohanan dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung.
Info Siaran Langsung Suku Akhir Singapore Open
Tarikh: 31 Mei 2024 (Jumaat).
Masa: 12.00 tengah hari.
Venue: Singapore Indoor Stadium.
Siaran Langsung: Astro Supersport, BWF TV.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com