Ads
Ini Sebab Anthony Ginting Atasi Lee Zii Jia Secara Percuma
UltraSukan
BA Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada lawannya, Anthony Ginting dalam pusingan pertama Singapore Open.

Advertisements

Saingan Singapore Open yang membuka tirai pada 28 Mei menyaksikan wakil negara Lee Zii Jia diundi berdepan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia seawal pusingan pertama pada Rabu.

Advertisements

Perlawanan ini sangat ditunggu-tunggu oleh peminat badminton Malaysia dan Indonesia setelah kali terakhir kedua-dua jaguh ini berentap di dalam gelanggang adalah pada kejohanan Indonesia Masters 2022 yang dimenangi oleh Ginting dalam aksi tiga set.

Advertisements
Advertisements

Hasrat peminat untuk melihat Zii Jia dan Ginting bertemu selepas dua tahun tidak kesampaian setelah pemain negara itu membuat keputusan untuk memberikan kemenangan percuma buat lawannya itu beberapa jam sebelum pertandingan bermula.

Menerusi satu hantaran di media sosial TeamLZJ, keputusan menarik diri ini dibuat setelah pemeriksaan kesihatan mendapati Zii Jia mengalami kecederaan hamstring ketika menyertai Thailand Open dan Malaysia Masters minggu lalu.

Advertisements

Dengan keputusan ini, Anthony Ginting bakal mara ke pusingan kedua dan akan berdepan seorang lagi pemain negara, Leong Jun Hao yang menundukkan pemain Jepun di pusingan pertama semalam.

Advertisements

Manakala Zii Jia akan memberikan fokus kepada sesi pemulihannya dan dijangka akan kembali menggegar gelanggang pada kejohanan Indonesia Open 2024 yang akan bermula minggu hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram