Ingin Hormati Azan, Sunday Afolabi Arahkan Gendang Dihentikan

IMG 8106 Ingin Hormati Azan, Sunday Afolabi Arahkan Gendang Dihentikan
Foto: MFL
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Penyerang import Perak FC, Sunday Afolabi membuat satu tindakan bijak apabila beliau mengarahkan ultras Johor untuk memberhentikan gendang seketika bagi menghormati azan yang sedang bergema.

Aksi ini berlaku ketika saingan Liga Premier menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT II) melayan kunjungan Perak FC di Stadium Pasir Gudang

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan tipis diperoleh JDT II 1-0 Perak.

Sebelum ini, tular aksi helikopter daripada Sunday Afolabi pada perlawanan minggu lepas menentang Kelantan FC.

Kini, Perak FC menghuni tangga ke-9 dalam liga dengan mencatatkan lima kemenangan, satu seri dan sembilan kekalahan dalam 15 perlawanan yang telah berlangsung.