“Ini Cerita Budak Teluk Intan Kepada Dunia”
UltraSukan
Azeem Fahmi
Sponsors

Anak jati Teluk Intan, Azeem Fahmi tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya apabila diberi peluang untuk mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 2024.

Azeem yang merupakan atlet 100 meter negara telah dipilih oleh pihak Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada Rabu untuk membawa cabaran negara ke temasya sukan berprestij itu di Paris nanti.

Ad
Sponsors

Pemilihan Azeem ini sekaligus menyaksikan seorang lagi calon bagi mendapatkan tiket wild card iaitu Shereen Samson Vallabouy terpaksa diketepikan memandangkan hanya seorang sahaja atlet yang boleh dipilih.

Ad

Dalam satu sidang media, Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata keputusan yang berat terpaksa dilakukan pihak beliau, namun mengambil kira tawaran yang diberikan hanya buat acara tertentu sahaja.

“Memang keputusan yang berat untuk kita buat. Namun, akhirnya kita kena buat keputusan berdasarkan tawaran yang diberikan iaitu wild card diberikan untuk pelari 100m, 800m dan maraton.

Ad

Oleh disebabkan itu, Azeem yang merupakan pemegang rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat telah diberikan tiket tersebut untuk membawa nama Malaysia setelah mesyuarat bersidang sebelum ini

Ad

“Dengan ini, pihak KOM yang sudah bermesyuarat semalam memutuskan wild card ini diberikan kepada Azeem,” ujar Datuk Seri Shahidan kepada media.

Ad

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Instastory, Azeem meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa dari ibu bapa serta sokongan semua orang yang berada di sekelilingnya selama ini.

“Alhamdulillah, ini semua doa dari mama, abah dan semua orang sekeliling. Kisah seorang budak kecil dari Teluk Intan ke dunia. Permulaan kepada suatu kejayaan yang besar, bersyukur dengan peluang. Bismillah,” tulis Azeem Fahmi di Instastroy beliau.

Insta Story Azeem Fahmi "Ini Cerita Budak Teluk Intan Kepada Dunia"
Sumber: Instastory Azeem Fahmi

Azeem kini berada di Indonesia bagi mengikuti temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Surabaya dan berjaya menyumbang satu pingat perak dalam acara 100 meter dan satu pingat emas dalam acara 4×100 meter.