Advertisements
Ini Satu-Satunya Cara Buat Terengganu Teruskan Langkah Di Asia
AFC Cup
MakanBola
Terengganu FC

Wakil Malaysia di pentas Piala AFC, Terengganu masih memiliki cara untuk meneruskan kemaraan sungguhpun ruang ketika ini kelihatan tertutup.

Pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner menghadapi tugas sukar apabila mensia-siakan beberapa peluang untuk menempah laluan mudah ke separuh akhir antara zon Asean.

Hal ini susulan satu lagi pasukan Malaysia, Sabah FC sudah pun mengesahkan kemaraan selepas membenam cabaran Hougang United dengan keputusan 4-1 untuk muncul selaku juara kumpulan.

Skuad Peteh bagaimanapun kini berada di tangga kedua di belakang jaguh Australia, Central Coast Mariners.

Kedudukan ini memberi cabaran yang cukup besar buat Terengganu untuk mencuri peluang bagi layak ke pusingan berikutnya.

Sungguhpun peluang Terengganu ketika ini amat tipis kerana berada pada kedudukan kedua terbaik di belakang Phnom Penh Crown yang kini mengumpul 13 mata dan memiliki kelebihan jaringan +9 gol, wakil Malaysia ini berpeluang mencipta kejutan.

Terengganu perlu mencatatkan kemenangan ke atas Bali United sambil berharap Central Coast Mariners akan seri atau tewas kepada Stallions Laguna.

Namun begitu sekiranya ia tidak terjadi, Terengganu perlu mengharapkan Phnom Penh tewas kepada Shan.

Terengganu perlu juga menjaringkan sekurang-kurangnya 7 gol berdepan Bali United untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Skuad Peteh akan melayan kunjungan Bali United pada 13 Disember 2023 sementara Central Coast akan berdepan Stallions pada tarikh yang sama.