Insiden Gaduh Manja Kelantan FC Dan Kelantan United
Dunia
MFL
Advertisements

Perlawanan terakhir liga yang melibatkan dua pasukan senegeri, Kelantan FC dan Kelantan United berakhir dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV semalam.

Disebalik keputusan seri tersebut, terdapat insiden pergaduhan yang berlaku pada masa kecederaan yang melibatkan beberapa pemain dari kedua-dua pasukan.

Insiden itu bermula ketika pasukan Kelantan United cuba melakukan serangan balas terakhir pada minit ke-97 permainan. Namun larian deras pemain mereka dibentes pemain Kelantan FC sekali gus mencetuskan pergaduhan.

Advertisements

Beraksi di atas padang yang sangat becak jelas sekali menuntut kesabaran yang tinggi dan insiden tersebut memaksa pengadil, Zulkarnain Zakaria melayangkan dua kad merah iaitu satu kepada Nik Akif Syahiran (Kelantan United) dan Muhaimin Izuddin (Kelantan FC).

Walaupun insiden sepak menyepak itu berlaku, namun kedua-dua pasukan harus pandang lebih kehadapan kerana pada musim hadapan mereka bakal menghadapi cabaran yang lebih besar iaitu dengan beraksi di Liga Super.

Kelantan FC mengakhiri kedudukan Liga Premier sebagai naib juara di belakang Johor Darul Ta’zim II manakala Kelantan United pula berada di tangga ke-5 liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram