“InsyaAllah Kita Akan Berjaya” – Lim Teong Kim
Dunia
Bernama
Advertisements

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim menyeru kepada semua penyokong Perak untuk turun bersama-sama memberi sokongan padu terhadap pemain di Stadium.

Beliau yang juga ketua jurulatih baharu, Perak FC bagi musim 2023 akan datang itu berkata, sokongan dan semangat dari kalangan penyokong sangat diperlukan Perak FC dalam usaha meneruskan momentum untuk terus bangkit mengharungi setiap perlawanan.

Teong Kim menyatakan bahawa beliau akan pastikan setiap pemain Perak bermain dengan cukup cemerlang selepas ini. Beliau turut mendoakan pasukan Perak akan berjaya di masa kelak.

Advertisements

“Kepada penyokong Perak, kami perlukan anda. Kami akan pastikan bila beraksi, kami akan beraksi dengan cemerlang dan berikan sepenuhnya sehingga hujung nafas,” katanya. 

“Tolong datang dan berikan sokongan. Kami sangat perlukan sokongan anda, inshaAllah kita akan berjaya,” ujarnya di laman sosial Facebook Perak the YOB.

Lim Teong Kim sebelum ini pernah melatih beberapa pemain ternama yang beraksi di pentas Eropah seperti Thomas Muller, Toni Kroos dan David Alaba. Pengalaman luas yang dimiliki beliau pasti bakal menjadikan pasukan Perak lebih gah selepas ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram