Dunia
@intanserah
Advertisements

Sebaik tiba di Amerika Syarikat bagi menyertai kelab barunya, New York Dutch Lions (NYDL) FC, Intan Serah Anisah Zulgafli kelihatan sudah mula menyesuaikan diri. Dan itu dibuktikan apabila Intan menjaringkan gol pertama untuk NYDL FC hari ini.

Advertisements

Intan menjaringkan gol tunggal NYDL FC bila mereka tumpas 3-1 kepada NY Athletic. Tetapi ia masih satu pencapaian membanggakan kerana ini menjadikan beliau pemain wanita Malaysia pertama menjaringkan gol di negara Uncle Sam itu.

Malah, video jaringan yang dihasilkannya itu turut dikongsikan pentadbir akaun Twitter Harimau Abroad hari ini.

Advertisements

Intan kelihatan lincah memainkan peranannya sebagai penyerang NYDL FC. Biarpun cuba disekat beberapa pemain pertahanan NY Athletic, beliau masih mampu menyumbat gol buat tuan rumah.

Ramai mengharapkan pengalaman bersama NYDL FC ini mampu mematangkan Intan sebagai pemain bola sepak. Dan ini seterusnya dapat memberi impak positif kepada skuad wanita kebangsaan.

Advertisements
Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram