Dunia
@intanserah
Advertisements

Semakin ramai pemain bola sepak negara mendapat peluang beraksi di luar negara. Terbaru, giliran penyerang skuad wanita kebangsaan, Intan Serah Anisah Zulgafli mendapat peluang sedemikian selepas ditandatangani oleh kelab Women Premier Soccer League (WPSL), New York Dutch Lions (NYDL) FC.

Advertisements

Perkara ini disahkan sendiri oleh kelab berkenaan dalam satu hantaran di Instagram rasmi mereka semalam.

“Pemain kebangsaan Malaysia Intan Serah bakal bermain untuk NYDLFC! Terdapat sedikit penangguhan untuk penyerang berkenaan kerana memerlukan visa daripada kedutaan tetapi sekarang ia sudah diselesaikan dan dia boleh memulakan perjalanannya bersama kami! 

Advertisements

“Selamat datang ke New York dan kami tidak sabar mahu bersama anda, Intan!” kata NYDLFC dalam satu kenyataan.

Sebelum aktif dalam bola sepak wanita, Intan juga aktif sebagai pemain futsal. Peralihan dari futsal kepada bola sepak secara tidak langsung membentuknya menjadi penyerang yang disegani sekaligus membawa kepada peluang perpindahan ini.

Advertisements

Di media sosial, ramai menyambut baik perpindahan tersebut dan mengucapkan selamat berjaya kepada Intan untuk langkah seterusnya dalam karier bola sepaknya.

Ini kerana perpindahan sebegini mampu memberi inspirasi kepada pemain-pemain lain terutama pemain wanita bahawa tiada yang mustahil selagi mana mereka ada bakat dan kesungguhan untuk berjaya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram