Inter Milan Terdesak Mahu Lepaskan Alexis Sanchez
Eropah
Instagram: @alexis_officia1
Advertisements

Pasukan gergasi Italy, Inter Milan dilaporkan sedang mencari jalan keluar buat Alexis Sanchez oleh kerana masalah kewangan yang dihadapi mereka masih belum mencapai titik noktah. 

Sebelum ini, perpindahan Romelu Lukaku dan Achraf Hakimi yang kini sudah berkelana ke kelab lain merupakan antara pemain yang menjadi mangsa awal mereka dalam menyelesaikan krisis kewangan pasukan itu. 

Antara sebab utama mereka menyenaraikan bekas pemain Manchester United ini kerana beliau merupakan salah seorang pemain yang mempunyai bayaran gaji yang tertinggi.  

Advertisements

Pemain berusia 32 tahun itu menerima jumlah gaji sekitar £115,000 seminggu walaupun beliau bukan menjadi pemain utama dalam skuad kendalian Simone Inzaghi. 

Dalam pada itu, pemain antarabangsa Chile itu hanya melakukan penampilan sebanyak 30 perlawanan dalam semua pertandingan dimana beliau berjaya mencatatkan 7 jaringan gol buat Inter Milan. 

Menurut Inter Live, Alexis Sanchez hanya banyak menghabiskan sebahagian besar kariernya sepanjang musim panas dalam saingan Liga Italia oleh sebab kecederaan yang dialaminya. 

Advertisements

Malah, aksinya yang kurang memberi impak selepas pulih dari kecederaan sangat mengecewakan ramai pihak terutamanya peminat kelab itu sendiri. 

Ada ura-ura mengatakan terdapat beberapa buah pasukan dari Liga Sepanyol berminat untuk menandatanganinya antaranya ialah Sevilla dan Real Betis. 

Isu gaji ini merupakan punca utama bekas jurulatih mereka iaitu Antonio Conte meletak jawatan selepas menghadapi perselisihan faham antara pemilik kelab Inter Milan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram