Inter Milan Bakal Terima Tawaran Kedua Tak Masuk Akal Daripada Chelsea
EPL
Advertisements

Jendela perpindahan bagi liga utama di Eropah sekarang ini telah berada pada bulan yang “terakhir”. Ia pasti akan menimbulkan pelbagai tanda tanya bagi peminat bola sepak eropah. Kelab-kelab besar di eropah juga sudah pasti sedang giat mencari pemain yang bakal menjadi nadi dalam pasukan mereka.

Menurut ESPN, sebelum ini kelab Chelsea pernah membuat satu tawaran ke atas bekas penyerang mereka, Romelu Lukaku. Akan tetapi Inter Milan dengan selamba menolak “mentah-mentah” tawaran tersebut. 

Tawaran yang disediakan Chelsea sebelum ini adalah sebanyak €100 juta dan ditambah dengan pemain bek kiri Chelsea iaitu Marcos Alonso. 

Advertisements

Menurut satu ciapan twitter Fabrizio Romano, Chelsea sekali lagi akan mengadakan perbincangan dan akan menyiapkan tawaran baru secara rasmi dengan lembaga pengurusan Inter Milan esok. 

Lukaku dikatakan tertarik dengan peluang untuk bermain bersama bekas kelabnya itu di bawah jagaan Thomas Tuchel. Jumlah gaji yang ditawarkan oleh pihak Chelsea juga menggoda beliau untuk ke sana. 

Beliau sebelum ini hanya berjaya melakukan sebanyak 15 penampilan dalam semua pertandingan bersama Chelsea dan pernah dipinjamkan ke West Bromwich Albion dan Everton sebelum pindah secara tetap di Goodison Park.

Advertisements

Jika beliau bersetuju untuk ke Stamford Bridge kerana beliau mahu membuktikan kredibilitinya untuk menyinar di liga paling berprestij di dunia iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL), maka itu tidak menjadi satu masalah.

Pemain kelahiran Belgium ini berjaya menjaringkan 64 gol sepanjang 95 penampilan dalam semua pertandingan pada dua musim terakhir bersama Inter Milan sekaligus berjaya membantu menamatkan penantian 11 tahun pasukan itu tanpa piala dengan menjuarai liga Serie A musim 20/21.

Berita ini pasti akan membuatkan penyokong Inter Milan susah hati. Saksikan kehebatan Romelu Lukaku yang menggegarkan Liga Serie A pada musim 20/21. 

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=wXWWpErJTpM
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram