Uzbekistan Benam Malaysia 5-1 Di Jordan
Dunia
Advertisements

Hasrat Malaysia untuk bangkit dalam siri perlawanan persahabatan tidak kesampaian selepas tewas 5-1 kepada Uzbekistan di Amman, Jordan.

Malaysia bermula baik menerusi beberapa asakan merbahaya namun Uzbekistan berjaya memperoleh jaringan awal pada minit ke-17.

Dostonbek Khamdamov yang berjaya melepasi keadaan kelam kabut dalam kawasan kotal penalti Malaysia mudah menyumbat gol pertama menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Advertisements

Uzbekistan sekali lagi menghukum kelalaian barisan pertahanan Malaysia menerusi tandukan Dostonbek Khamdamov pada minit ke-29.

Barisan pertahanan Malaysia dihukum buat kali ke-3 menerusi tandukan bebas Husain Norchaev pada minit ke-32 menjadikan kedudukan 3-0.

Kemasukan Syafiq Ahmad pada minit ke-40 menggantikan Hakimi Abdullah berjaya mengimbangi perlawanan dan Malaysia akhirnya berjaya memperoleh jaringan pertama menerusi jaringan Badrul Bakhtiar.

Advertisements

Gerakan menyerang yang dimulakan Akram Mahinan menjadi inspirasi terbaik untuk anak buah Tan Cheng Hoe mengurang defisit gol sebelum tamat babak pertama.

Bersambung babak ke-2, Uzbekistan berjaya menambah derita pasukan Malaysia menerusi jaringan Ibrokhimkhalil Yuldashev pada minit ke-68 menjadikan kedudukan 4-1.

Azizbek Amanov menamatkan senarai jaringan Uzbekistan pada minit ke-88 menjadikan keputusan akhir 5-1 memihak kepada Uzbekistan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram