Iran Malukan Indonesia 5-0
Asia
Iran Football
Advertisements

Iran berjaya malukan Indonesia apabila meraih kemenangan besar 5-0 dalam aksi persahabatan di pusat latihan Al-Rayyan.

Jordi Amat, Elkan Baggott, Justin Hubner, Ivar Jenner, Marselino Ferdinan dan Witan Sulaeman antara pemain yang diturunkan oleh Shin Tae-yong menentang Iran menurut CNN Indonesia.

Penyerang Brentford, Saman Ghoddos menjaringkan gol pertama perlawanan seawal minit ke-3.

Advertisements

20 minit kemudian, giliran Roozbeh Cheshmi membolosi gawang gol Indonesia untuk gol kedua Iran.

Iran menambah gol ketiga menerusi Shahriar Moghanlou pada minit ke-36 permainan.

Advertisements

Lebih menarik, Iran bermain dengan 10 pemain untuk 10 minit terakhir separuh masa pertama untuk menerima lebih tekanan dalam perlawanan ini.

Bersambung babak kedua, Mehdi Ghayedi pula mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-70.

Advertisements

Indonesia terus ditimpa malang apabila Ghayedi menjaringkan gol kedua peribadinya sekali gus melengkapkan kemenangan besar Iran ke atas Indonesia pada minit ke-87.

Tamat perlawanan, Iran menewaskan Indonesia 5-0 dalam aksi terakhir pemanas badan di Qatar.

Advertisements

Iran sebelum ini turut melakar kemenangan 2-1 ke atas Burkina Faso dalam aksi persahabatan.

Persiapan Indonesia di Piala Asia sedikit merisaukan apabila pasukan itu merekodkan 3 kekalahan berturut-turut ke atas pasukan Libya (4-0), (2-1) dan terkini Iran (5-0).

Iran yang berada dalam kumpulan C Piala Asia 2023 bakal menerima tentangan daripada pasukan Palestin, UAE dan juga Hong Kong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram