Irfan Bakti Pilih Thailand Juara Piala AFF Suzuki 2020
Dunia
Berita Harian.com
Advertisements

Dalam satu temubual Sukan RTM selepas tamat aksi separuh akhir Thailand menentang Vietnam, jurulatih pasukan Kuching City, Irfan Bakti memilih pasukan Thailand sebagai pasukan Juara Piala AFF Suzuki bagi edisi kali ini. Beliau menyifatkan pasukan Thailand cukup dari pelbagai aspek untuk bergelar juara.

Menurut Irfan, beliau akui bahawa pasukan Indonesia sudah melakukan perubahan yang besar dalam corak permainan yang positif dikendalikan jurulatih baharu, Shin Tae-Yong. Namun, mungkin masih ada kekurangan daripada pandangan beliau kerana tidak memilih Indonesia.

“Perubahan yang indonesia dilakukan tidak dinafikan sangat ketara.

Advertisements

Mengulas lanjut, jurulatih berusia 70 tahun itu tidak terkejut jika pasukan Thailand mampu menewaskan Indonesia dalam aksi perlawanan akhir nanti. Beliau berpendapat pasukan Thailand berkelebihan dengan kehadiran pemain yang berpengalaman serta kualiti seorang individu itu ketika dalam padang.

Tambah Irfan, setiap pemain memberikan satu tonik yang luar biasa apabila permainan secara berpasukan menjadi nadi utama mereka dapat menewaskan pasukan gergasi Asean, Vietnam.

“Selepas 5 perlawanan berlalu, saya melihat kelebihan kepada pasukan thailand. Permainan berpasukan dan individu daripada Thailand sangat baik. Saya tidak hairan kalau thailand juara kali ini. 

Advertisements

“Pengalaman dan kualiti pemain yang ada pada pasukan Thailand beri kelebihan berbanding pasukan Indonesia,” kata Irfan dalam Sukan RTM.

Pasukan Vietnam tidak berjaya menembusi gawang gol Thailand dalam dua perlawanan telah berlangsung. Ini menyaksikan bahawa pasukan Thailand adalah pasukan yang cukup kuat untuk merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram