Irfan Bakti ‘Terdiam’ Lihat Cara Kuching City Bermain
Piala FA
Penang FC
Advertisements

Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti terkejut dengan prestasi yang ditampilkan oleh para pemainnya setelah dibelasah teruk oleh Penang semalam.

Aksi Piala FA itu menyaksikan Kuching turun di laman sendiri dalam misi untuk bangkit dan memperoleh keputusan positif.

Namun begitu, perkara yang berlaku tidaklah seperti yang dirancang apabila mereka bolos 4 dan tidak dapat menjaringkan sebarang gol.

Advertisements

Pengendali berusia 74 tahun itu jelas berasa kecewa dengan kemampuan anak buahnya untuk bersaing dengan Penang.

“Saya tidak boleh kata apa. Saya speechless. Kebolehan individu pemain saya terbatas dan tiada keserasian sebagai satu pasukan.”

“Kami sangat mudah dibolosi oleh pihak lawan. Saya khuatir untuk menghadapi beberapa perlawanan lagi sebelum jendela perpindahan dibuka.”

Advertisements

Bekas pengendali Terengganu ini juga mengakui akan ada penambahan muka baharu bagi mengubah nasib pasukan.

“Sudah tentu akan ada kemasukan pemain baharu kerana kami senang sangat dibolosi pleh pihak lawan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Kuching City akan bertemu Sri Pahang bagi aksi Liga Super ke-9 juga di laman sendiri pada 18 April 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram