Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Pertahanan tengah pasukan kebangsaan Singapura, Irfan Fandi menjadi bualan hangat para peminat susulan kelibatnya dikesan dalam latihan Sri Pahang.

Pemain berusia 25 tahun itu kini berkelana di Liga 1 Thai bersama penyandang juara, BG Pathum United dan menjadi tonggak utama pasukan di sana.

Beliau yang juga merupakan anak kepada lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad ini bagaimanapun secara tiba-tiba meniti di bibir peminat bola sepak tempatan selepas gambarnya tular dalam satu sesi foto bersama Sri Pahang.

Advertisements

Hal ini mengundang tanda tanya sama ada beliau akhirnya akan menyertai Liga Malaysia dan beraksi di bawah kendalian bapanya sendiri.

Namun begitu, ura-ura ini hanyalah sekadar khabar angin daripada tafsiran sekeping foto kerana pemain ini hakikatnya masih terikat dengan kontrak sehingga tahun 2026 bersama kelab gergasi Thai tersebut.

Ketika ini, Sri Pahang sedang menjalani latihan pra musim di Bangkok dan secara kebetulannya merupakan lokasi kelab Irfan berada.

Advertisements

Pertemuan itu juga difahamkan kerana Irfan mahu melawat bapanya yang melatih pasukan di sana.

C7BA313A 32AD 4E2F BBA4 8EF7D9EEEFEA Irfan Fandi Hadir Saksikan Latihan Sri Pahang
IG: Irfan Fandi

Sri Pahang bakal bertemu dengan beberapa pasukan Liga Thailand sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Super musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram