Irfan Zakaria Buktikan Sedia Galas Tugas Pertahanan Tengah Harimau Malaya
Dunia
KL City Football
Advertisements

Pemain pertahanan tengah Kuala Lumpur, Muhd Irfan Zakaria mempamerkan aksi yang cukup konsisten pada musim ini sekaligus berjaya membantu pasukan KL City FC mengharungi musim yang amat baik sehingga kini.

Pertahanan berusia 26 tahun itu mempamerkan persembahan yang sangat memberangsangkan dengan membentuk gandingan yang cukup ampuh bersama pertahanan import pasukan, Giancarlo Gallifuoco yang menyaksikan pasukan The City Boys cemerlang mengharungi 11 perlawanan tanpa tewas di Liga Super.

Beliau telah mendapat kepercayaan penuh daripada jurulatih pasukan, Bojan Hodak untuk membarisi kesebelasan utama pasukan setelah tampil dalam kesemua perlawanan Liga Super bersama KL musim ini.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Irfan juga berhasil untuk memastikan gawang gol pasukan tidak mudah dibolosi ditambah pula dengan kecekapan Kevin Mendoza mengawal gawang gol.

Selain itu, kebolehan untuk membaca gerakan lawan dengan baik selain mampu untuk membina permainan dari bawah menjadi kunci pemain ini terus berada dalam percaturan jurulatih.

Irfan juga tersenarai dalam 24 orang pemain yang mendapat kepercayaan jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang pasukan Jordan dan Uzbekistan Oktober ini.

Advertisements

Anak jati Kuala Lumpur ini juga sudah tidak asing lagi bersama pasukan kebangsaan tatkala beliau menjadi watak penting ketika membantu pasukan untuk menjadi naib juara Piala Suzuki AFF pada tahun 2018.

Kini, beliau terus mendapat kepercayaan untuk membarisi skuad negara selain nama-nama seperti kapten pasukan, Aidil Zafuan, Dominic Tan dan juga pertahanan muda Selangor, Shahrul Nazeem.

Dengan usia Aidil yang bakal mencecah 35 tahun, khidmat Irfan pastinya terus ditagih untuk membantu Harimau Malaya mengecapi lebih banyak kejuaraan pada masa akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram