Muka-Muka Baharu Warnai Skuad Harimau Malaya Kali Ini
Dunia
Twitter FAM_MALAYSIA
Advertisements

Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengeluarkan senarai nama penuh 24 orang pemain yang akan ke kem latihan pusat 1 Oktober depan. Skuad Harimau Malaya yang di kendalikan Tan Cheng Hoe dilihat menampilkan beberapa muka-muka baharu bagi memperkuat pasukan.

Daripada senarai pemain yang dikeluarkan tadi, Tan Cheng Hoe telah mengekalkan 12 pemain daripada skuad yang lalu. 12 pemain ini terdiri daripada:

Penjaga gol: Khairulazhan Khalid

Advertisements

Pemain pertahanan: Aidil Zafuan, Rizal Ghazali, Dominic Tan, Dion Cools, Irfan Zakaria, Syahmi Safari.

Pemain tengah: Nazmi Faiz Mansor, Akhyar Rashid

Penyerang: Syafiq Ahmad, Luqman Hakim Shamsudin dan Guilherme de Paula.

Advertisements

Enam muka baharu yang bakal diuji Tan Cheng Hoe iaitu penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz, dua pemain daripada pasukan Penang FC, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun. Turut serta dua pemain pasukan Selangor FC, Sharul Nazeem dan Mukhairi Ajmal serta pemain muda Terengganu FC, Muhammad Hakimi Abdullah.

Turut dipanggil dalam skuad kali ini adalah enam pemain yang pernah dipanggil TCH sebelum ini iaitu penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi Che Mat, kapten Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar, dua pemain Terengganu FC, Arif Fadzilah dan Faisal Halim serta dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.

Pihak FAM memaklumkan bahawa skuad Harimau Malaya ini akan melapor diri di Kuala Lumpur pada 1 Oktober 2021 kelak. Mereka akan berlepas ke Amman pada 2 Oktober depan bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan dan Uzbekistan.

Advertisements

Ini dilihat sebagai satu keputusan yang baik untuk bertemu dengan lawan yang berada di tangga 100 terbaik di dunia selain dapat melihat kemampuan sebenar Harimau Malaya. Dengan kehadiran tonik baharu seperti Shahrul Nazeem, Mukhairi dan Hakimi dan beberapa muka yang melebarkan sayap di luar dilihat mampu untuk memantapkan lagi barisan negara kali ini.

Skuad Harimau Malaya akan beraksi bagi kempen Piala Suzuki AFF 2020 dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 dan seterusnya di pusingan ketiga, Kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram