IShowSpeed Terdiam, Peminat Lionel Messi Bahan Depan Muka
MakanBola
Instagram/iShowSpeed

Pempengaruh terkenal, iShowSpeed terkejut apabila Lionel Messi kini menjadi penjaring gol terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman.

Beliau menjadi sebahagian daripada ribuan penyokong di Stadium Dallas, Arlington yang menjadi saksi pencapaian terbaru legenda Argentina itu.

Dua gol Messi bukan saja memastikan beliau mengatasi rekod Miroslav Klose dengan 18 gol. Malah, beliau juga menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol setakat ini.

Dua gol sama turut memastikan Argentina menempah tiket ke pusingan 32 pasukan terbaik dengan baki satu perlawanan Kumpulan J.

Lebih menarik, iShowSpeed kemudiannya diusik pekerja rangkaian pasar raya Walmart ketika mendapatkan minuman di situ.

Selain diusik pekerja yang memakai jersi Messi, jersi Argentina yang memaparkan legenda Barcelona itu turut dijual di situ. Hal ini mendorong iShowspeed memilih meninggalkan stadium.

Pemilik nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. itu cukup dikenali kerana menggilai legenda Portugal dan pesaing Messi, Cristiano Ronaldo.