Advertisements
“Isteri Saya Kuat, Jadi Saya Bangkit Semula” – Syafiq Ahmad
Inspirasi
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Penyerang Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad mengakui isteri dan keluarga menjadi punca beliau bangkit semula.

Hal ini selepas satu insiden mengerikan yang berlaku kepada diri dan keluargnya tatkala mengalami satu kemalangan ngeri kira-kira empat tahun lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu kehilangan tiga individu besar dalam hidupnya iaitu anak yang berada dalam pantang dan juga ibu mentuanya.

“Untuk pengetahuan semua, saya hampir-hampir nak berhenti main bola. Betul saya cakap. Saya dah beritahu isteri saya. Kalau duduk kampung, duduk kampunglah. Saya buatlah kerja apa pun asalkan isteri saya gembira semula.

Penyerang kebangsaan ini juga mengakui terdetik untuk menggantung but selepas kejadian ini berlaku.

“Dia (isteri) kehilangan orang paling dia sayang iaitu anak kami dan ibu. Apa yang saya boleh katakan, saya memang kena cuba kuat bukan untuk diri saya tapi saya nak tengok isteri saya gembira semula, tengok dia sihat,” jelasnya.

Keinginan untuk melihat keluarganya bahagia dan meneruskan kerjaya menyebabkan Syafiq kembali bangkit hasil sokongan padu isteri tercinta.

“Apa yang paling penting adalah saya nak lihat isteri saya gembira semula. Keluarga saya juga sentiasa memberikan sokongan. Saya nak lihat keluarga dan isteri saya gembira.

“Dalam masa dua bulan, dia sangat kuat, itu juga yang membuatkan saya bangkit semula,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Peristiwa yang berlaku pada Disember 2020 itu telah menyentap semangat Syafiq untuk bermain bola sepak buat seketika.

Beliau bagaimanapun kembali semula ke padang hasil sokongan hebat insan-insan tersayang termasuk pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Syafiq yang kini dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC dari JDT dan beraksi dalam 11 perlawanan selain merekodkan dua jaringan setakat ini.