Isu Pemilihan Bojan Hodak, Akaun Hairuddin Omar Sebenarnya Digodam
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Menurut satu hantaran yang dimuat naik oleh bekas penyerang berbisa negara, Hairuddin Omar, akaun rasmi Facebook beliau telah berjaya diperoleh semula setelah ia didapati telah digodam baru-baru ini.

Sebelum ini, beliau telah dilaporkan memuat naik satu hantaran di laman rasminya mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan Bojan Hodak dan juga Tunku Ismail. Isu ini juga termasuklah penjelasan mengenai sebab pengguguran Bojan dari pasukan dan beberapa perkara lain.

Isu ini hangat diperkatakan di media sosial disebabkan Bojan juga secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak terkejut apabila dikaitkan dengan pasukan kebangsaan memandangkan pengalaman yang dimiliki olehnya dalam kancah bola sepak tempatan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, bekas jurulatih Kelantan ini juga merupakan antara salah seorang jurulatih asing yang berjaya mencipta nama dalam saingan tempatan berdasarkan koleksi trofi yang berjaya diraih.

Sungguhpun begitu, dalam satu hantaran terbarunya di laman rasmi Facebooknya hari ini, Hairuddin menjelaskan bahawa akaunnya telah digodam dan tindakan memuat naik hantaran sebelum ini tidak dilakukan olehnya.

Ini juga telah menutup segala spekulasi berkenaan isu tersebut setelah baginda Tunku sendiri telah tampil untuk membuat penjelasan di laman Instagram rasmi beliau sebelum ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram