Hiburan
Advertisements

Kecoh hari ini di media sosial apabila warganet sibuk berbicara mengenai beberapa siri ‘story’ Instagram dimuatnaik pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Ismail. Muatnaik tersebut dipercayai berkait rapat dengan prestasi penyerang sensasi negara, Safawi Rasid.

Safawi Rasid merupakan penyerang sayap berprolifik yang telah bersama Johor Darul Ta’zim sejak tahun 2017 lagi. Namun begitu, Safawi menunjukkan aksi yang kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini dan perkara tersebut seolah-olah diakui sendiri DYAM Tunku Ismail.

Kronologi Isu Safawi, DYAM Tunku Ismail dan ‘Melvins’

DYAM Tunku Ismail telah memuatnaik beberapa kenyataan berserta tangkap layar perbualan bersama individu misteri dipercayai Safawi Rasid. Muatnaik DYAM Tunku Ismail itu seolah-olah ditujukan khas kepada kekasih Safawi Rasid yang namanya bermula dengan huruf S dan M.

Advertisements

Warganet membuat andaian bahawa kekasih Safawi Rasid ialah Syifa Melvin, aktres wanita yang semakin meningkat naik. Andaian warganet itu seakan tepat apabila Syifa seolah-olah membalas kenyataan DYAM Tunku Ismail dengan memuatnaik ‘story’ Instagram miliknya.

Isu 'Melvins', DYAM Tunku Ismail dan Safawi : Salah Siapa?
Syifa Melvin membalas kenyataan DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang seakan-akan menuduhnya sebagai ‘kaki kikis’ atau ‘pisau cukur’.

‘Perang’ media sosial antara DYAM Tunku Ismail dengan keluarga Melvin semakin hangat apabila Syatilla Melvin seakan-akan membidas perbuatan DYAM Tunku Ismail menerusi ‘story’ Instagram miliknya. Untuk pengetahuan umum, Syatilla Melvin merupakan kakak kepada Syifa dan telah berkahwin dengan pasangan selebritinya, Shaheizy Sam.

DYAM Tunku Ismail membidas semula kenyataan Syatilla dan keadaan tampak semakin meruncing antara Syifa, Safawi dan DYAM Tunku Ismail. Segalanya berpunca daripada aksi longlai Safawi di atas padang dan Safawi mempersalahkan kekasihnya yang mahu segera berkahwin.

Advertisements
Isu Peribadi Perkara Biasa Dalam Bola Sepak Global

Kes-kes sebegini bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia bola sepak. Pada Februari lalu, Frank Lampard telah menempelak aksi penjaga gol utama Chelsea, Kepa Arrizabalaga yang tampak semakin longlai.

Lampard percaya aksi Kepa yang longlai dipengaruhi oleh masalah peribadi bersama kekasihnya, Andrea Perez yang telah memutuskan hubungan mereka. Beckham juga pernah dijual oleh Sir Alex Ferguson berikutan isu luar padang bersama penyanyi yang kini isterinya, Victoria.

Sesungguhnya, kemelut peribadi perlu diselesaikan dengan segera dan baik supaya para pemain dapat kembali fokus di atas padang. Hal ini demikian kerana bola sepak merupakan punca pendapatan mereka dan jika tidak beraksi baik, dari mana hasil pendapatan utama mereka akan terima?

Advertisements
Rumusan

Kami di MakanBola berharap agar segala kemelut antara Syifa, Safawi dan DYAM Tunku Ismail dapat diselesaikan segera. Safawi merupakan tonggak utama skuad kebangsaan dan sekiranya kemelut ini berpanjangan, sudah pasti Safawi tidak dapat menunjukkan aksi terbaiknya semula.

Kredit foto : Instagram Syifa Melvin, beautifulnara

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram