Isu Naturalisasi Lee Tuck Dipersoal Ahli Parlimen Klang

Lee Tuck 3 Isu Naturalisasi Lee Tuck Dipersoal Ahli Parlimen Klang
Officialsripahang

Baru-baru ini pemain tengah Sri Pahang, Lee Tuck telah diberikan kerakyatan Malaysia melalui proses naturalisasi. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago tampil mempersoal isu naturalisasi pemain tersebut.

Beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Kementerian Dalam Negeri untuk meminta penjelasan tentang proses yang dilalui Lee Tuck untuk menerima kewarganegaraan.

Perancang tengah berbakat berusia 34 tahun itu merupakan warganegara England namun sudah beberapa tahun beraksi di Liga Malaysia.

Dalam pada itu, terdapat 5 persoalan yang dibangkitkan oleh Charles di dalam surat tersebut. Antaranya ialah, tentang prosuder yang diguna pakai oleh Lee Tuck untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia. 

“Apakah proses kewarganegaraan yang En Lee Tuck, pemain bola sepak Sri Pahang F C, yang di guna pakai?.”

“Adakah beliau memenuhi kriteria Kewarganegaraan melalui Penaturalisasian Perkara 19 (Perlembangan Persekutuan Malaysia)?.”

Ahli Parlimen Klang itu turut menyeru kepada semua untuk menyebarkan persoalannya itu berkenaan isu naturalisasi Lee Tuck supaya mendapat perhatian menteri. Kenyataan tersebut telah dimuatnaik oleh Charles dilaman sesawang Facebook miliknya.