Itali cemerlang menewaskan Perancis 3-1 untuk meraih tiga mata pertama dalam perlawanan pertama saingan Liga Negara-Negara UEFA.
Kylian Mbappe mengetuai jentera serangan Perancis bersama-sama Antoine Griezmann dan Michael Olise.
Itali pula menurunkan barisan pemain hebat seperti Sandro Tonali, Davide Frattesi, Ricardo Calafiori dan Alessandro Bastoni.
Pemain muda berusia 22 tahun, Bradley Barcola pantas membuka tirai jaringan apabila meledak gol seawal minit pertama perlawanan.
Itali kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-30 hasil jaringan Federico Dimarco menerusi bola hantaran Sandro Tonali.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan seri 1-1 antara kedua-dua pasukan hasila jaringan Bradley Barcola dan Federico Dimarco.
5 minit bersambung separuh masa kedua, Davide Frattesi mengejutkan pasukan Perancis apabila berjaya menjaringkan gol kedua Itali.
Giacomo Raspadori menambah luka Perancis menerusi gol ketiga pada minit ke-74 setelah menerima bola daripada Udogie.
Perlawanan tamat menyaksikan Perancis tewas di laman sendiri di Stadium Parc des Princes.
Perancis seterusnya akan menentang Belgium manakala Itali akan melawan negara haram Israel pada 10 September kelak.